SKIM BIASISWA PENDIDIKAN TEKNIKAL DAN VOKASIONAL (BPTV) DI INSTITUSI PENGAJIAN SWASTA DALAM NEGERI
DIBAWAH DANA SUMBER MANUSIA
DIBAWAH DANA SUMBER MANUSIA
1. OBJEKTIF
1.1. Memberi peluang kepada anak-anak Brunei yang terdiri dari lepasan sekolah di peringkat ‘O’ dan ‘A’ level untuk meneruskan pengajian mereka ke peringkat yang lebih tinggi bagi menyahut Wawasan Brunei 2035;
1.2. Memberikan bantuan kewangan bagi penuntut yang berkelayakan akan tetapi tidak berupaya untuk melanjutkan pengajian di institusi-institusi swasta disebabkan tiada berkemampuan untuk membiayai yuran pengajian;
1.3. Membantu dalam mengurangkan jumlah pencari kerja tempatan yang mempunyai kelulusan rendah serta dapat mengurangkan jumlah pengangguran di Negara ini; dan
1.4. Membantu pihak swasta dalam memperkembangkan institusi pendidikan di sektor swasta yang mana akan menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi Negara secara menyeluruh.
|
2. SASARAN KUMPULAN
Penuntut-penuntut yang tamat sekolah di peringkat ‘O’ dan ‘A’ level yang memenuhi syarat kemasukan bagi mengikuti kursus-kursus yang berkenaan sahaja.
|
3. PERINGKAT PENDIDIKAN
3.1 Dibukakan kepada semua jenis kursus yang dianugerahkan dan/atau diiktiraf oleh Majlis Kebangsaan Pengiktirafan Kelulusan (MKPK) dan/atau Brunei Darussalam Technical and Vocational Education Council (BDTVEC) iaitu dari peringkat:
Ø Higher National Diploma (HND) atau sebandingnya;
Ø Higher National Certificate (HNC) atau sebandingnya;
Ø National Diploma (ND) atau sebandingnya; dan
Ø Pre National Diploma (PND) atau sebandingnya.
3.2. Tempoh Pengajian tertakluk kepada peringkat pengajian kursus yang dipelajari secara sepenuh masa dan di dalam negeri.
|
4. KEMUDAHAN
4.1. Pihak Kerajaan akan membiayai kos pengajian sepenuhnya bagi kursus-kursus yang dianugerahkan oleh BDTVEC dan badan antarabangsa dan juga menyediakan elaun perjalanan sebanyak BND 45 sebulan bagiRakyat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.
4.2. Pihak Kerajaan tidak akan membayar kos pengajian sepenuhnya bagiPenduduk Tetap Negara Brunei Darussalam. Penuntut hanya dikehendaki membayar yuran pendaftaran/kemasukkan dan kos pengajian mengikut peringkat seperti berikut dan pihak Kerajaan akan membiayai selebihnya.
|
Peringkat Pendidikan
|
Kadar Sebulan
|
Kadar Semester
|
HND atau sebandingnya
|
BND 300
|
BND 1,800
|
HNC atau sebandingnya
|
BND 250
|
BND 1,500
|
ND atau sebandingnya
|
BND 200
|
BND 1,200
|
PND atau sebandingnya
|
BND 200
|
BND 1,200
|