Sunday, January 15, 2012

Skim Biasiswa Pendidikan Teknikal dan Vokasional (BPTV) di institusi pengajian swasta dalam negeri di bawah dana sumber manusia


SKIM BIASISWA PENDIDIKAN  TEKNIKAL DAN VOKASIONAL (BPTV)  DI INSTITUSI PENGAJIAN SWASTA DALAM NEGERI
DIBAWAH DANA SUMBER MANUSIA
  
   1. OBJEKTIF
1.1.  Memberi peluang kepada anak-anak Brunei yang terdiri dari lepasan sekolah di peringkat ‘O’ dan ‘A’ level untuk meneruskan pengajian mereka ke peringkat yang lebih tinggi bagi menyahut Wawasan Brunei 2035;
      
1.2.  Memberikan bantuan kewangan bagi penuntut yang berkelayakan akan tetapi tidak berupaya untuk melanjutkan pengajian di institusi-institusi swasta disebabkan tiada berkemampuan untuk membiayai yuran pengajian;

1.3.  Membantu dalam mengurangkan jumlah pencari kerja tempatan yang mempunyai kelulusan rendah serta dapat mengurangkan jumlah pengangguran di Negara ini; dan

1.4.  Membantu pihak swasta dalam memperkembangkan institusi pendidikan di sektor swasta yang mana akan menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi Negara secara menyeluruh.
   2. SASARAN KUMPULAN
Penuntut-penuntut yang tamat sekolah di peringkat ‘O’ dan ‘A’ level yang memenuhi syarat kemasukan bagi mengikuti kursus-kursus yang berkenaan sahaja.
   3. PERINGKAT PENDIDIKAN
3.1 Dibukakan kepada semua jenis kursus yang dianugerahkan dan/atau diiktiraf oleh Majlis Kebangsaan Pengiktirafan Kelulusan (MKPK) dan/atau Brunei Darussalam Technical and Vocational Education Council (BDTVEC) iaitu dari peringkat:

Ø     Higher National Diploma (HND) atau sebandingnya;
Ø     Higher National Certificate  (HNC) atau sebandingnya;
Ø     National Diploma (ND) atau sebandingnya; dan
Ø     Pre National Diploma (PND) atau sebandingnya.

3.2. Tempoh Pengajian tertakluk kepada peringkat pengajian kursus yang dipelajari secara sepenuh masa dan di dalam negeri.

   4. KEMUDAHAN
4.1.  Pihak Kerajaan akan membiayai kos pengajian sepenuhnya bagi kursus-kursus yang dianugerahkan oleh BDTVEC dan badan antarabangsa dan juga menyediakan elaun perjalanan sebanyak BND 45 sebulan bagiRakyat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.

4.2.  Pihak Kerajaan tidak akan membayar kos pengajian sepenuhnya bagiPenduduk Tetap Negara Brunei Darussalam. Penuntut hanya dikehendaki membayar yuran pendaftaran/kemasukkan dan kos pengajian mengikut peringkat seperti berikut dan pihak Kerajaan akan membiayai selebihnya.

Peringkat Pendidikan
Kadar Sebulan
Kadar Semester
HND atau sebandingnya
BND 300
BND 1,800
HNC atau sebandingnya
BND 250
BND 1,500
ND atau sebandingnya
BND 200
BND 1,200
PND atau sebandingnya
BND 200
BND 1,200



1 comment:



  1. Are you in financial crisis, looking for money to start your own business or to pay your bills?
    I got mine from Mike Fisher. My blank ATM card can withdraw $2,000 daily. I got it from Her last week and now I have $14,000 for free. The blank ATM withdraws money from any ATM machines and there is no name on it, it is not traceable and now i have money for business and enough money for me and my family to live on .

    GET YOUR BLANK ATM CREDIT CARD AT AFFORDABLE PRICE
    *They sell this cards to all customers and interested buyers worldwide,the card has a daily withdrawal limit of $2000 to $5000 and up to $50,000 spending limit in stores and unlimited on POS.*

    *email: blankatm156@gmail.com
    *you can also call or whatsapp us Contact us today for more enlightenment
    +1(301) 329-5298

    ReplyDelete